Gerhana Bulan Malam ini (10/12/2011)


Menurut maklumat daripada Agensi Angkasa Negara (Angkasa), gerhana penumbra itu merupakan gerhana yang paling mudah dilihat dengan mata kasar kerana 89.9 peratus daripada cakera bulan berada di bayang penumbra bumi semasa fasa maksimum.
"Gerhana ini akan bermula dengan fasa penumbra (P1) pada pukul 8.39 malam manakala gerhana maksimum pula berlaku pada 10.38 malam.
"Bulan akan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra bumi (P4) pada pukul 12.38 tengah malam," demikian menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah, Angkasa akan menganjurkan program Pencerapan Gerhana Bulan Separa sempena gerhana bulan ini bermula 8.30 malam hingga 12 tengah malam di Planetarium Negara.



0 comments:

Post a Comment