Pada suatu hari, di sebuah kelas...semasa cikgu mengajar tentang kasih sayang...
Murid : Cikgu, bagaimana caranya kita mengetahui orang yang kita sayang?
Cikgu : Amir(nama murid itu), awak berjalan ke padang sekolah skrg, pilih rumput yang paling cantik dan terbaik.. tanpa menoleh dan juga melangkah kembali.
Murid : Baik cikgu..
Selepas beberapa minit..
Murid tersebut(Amir) kembali ke kelas tanpa membawa apa-apa..
Cikgu : Kenapa balik dengan tangan kosong?
Amir : Saya berjalan di padang, saya memilih rumput yang paling cantik dan terbaik tetapi..sepanjang saya berjalan, tiada satu pun rumput yang paling cantik..mungkin di belakang saya ada rumput yang cantik dan terbaik tetapi cikgu cakap tidak boleh menoleh dan melangkah kembali so, saya tidak dpt rumput paling cantik...dan menarik...
Cikgu : Itulah maksudnya Kasih Sayang .. hargai siapa yang ada di depan mata kita..kerana itulah yang Terbaik..


0 comments:
Post a Comment